Wednesday, October 24, 2012

Kata Ganti Nama Tanya

Kata ganti nama tanya digunakan untuk menanyakan manusia, haiwan, benda, tempat dan perkara.

Apabila kata ganti nama tanya digunakan pada permulaan ayat, partikel "- kah " mesti ditambah di belakang kata ganti nama tanya.



Kata Ganti Nama Tanya

Penggunaan

Ayat Contoh

Apa

          Benda
          Haiwan
          Perkara

          Di dalam beg itu ada apa?

          Apakah nama binatang itu?
          Pegawai itu terlibat dalam kes apa?


Siapa

          Manusia

          Budak itu siapa?

          Siapakah yang mencipta telefon bimbit?


Mana

          Tempat

          Rumah awak di mana?

          Di manakah baju yang saya beli semalam?

7 comments: