Thursday, November 29, 2012

Contoh RPH BM Tahun 3



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
BAHASA MELAYU
TAHUN 3


MATA PELAJARAN : Bahasa Melayu
TARIKH                       : 10 Mei 2010
MASA                            : 08.10-9.10
TAHUN                        : 3 Gemilang
TEMA                           : Mari Bertani
TAJUK                         : Buah-buahan
BILANGAN MURID: 26 Orang
Hasil Pembelajaran Utama (HPU)
1.0  Berbual dengan keluarga,rakan sebaya dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal
5.0  Membaca kuat dengan kelancaran sebutan,intonasi dan gaya pembacaan yang sesuai
8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan

Hasil Pembelajaran Khusus(HPK)
1.1  Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata,ungkapan, ayat,sebutan, intonasi dan nada yang sesuai
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul
dan memahami perkara yang dibaca
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.        
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk                               

Huraian Hasil Pembelajaran (HPP)
 Fokus Utama                     
5.1 Aras 2      i.           Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca.
8.1 Aras 3      i.          Membina ayat tunggal dan ayat majmuk yang lengkap.
Fokus Sampingan 
1.1Aras 1       i)          Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan dengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai.
5.1 Aras 3      i.          Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.
8.2 Aras 3      i.          Membina pelbagai jenis ayat dalam sesuatu penulisan teks.

Hasil Pembelajaran :
Pada akhir pembelajaran murid dapat:
i.              Menjawab soalan lisan dengan betul tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.
ii.            Membaca dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul
iii.           Menulis lima ayat tunggal yang lengkap berpandukan gambar

Kemahiran Berbahasa :    Kemahiran Bertutur
                                                Kemahiran Membaca
                                                Kemahiran Mendengar
                                                Kemahiran Menulis

Sistem Bahasa        : Tatabahasa -Morfologi      - Kata Kerja
                                : Sebutan dan Intonansi - Membaca Ayat
                                    : Sistem ejaan – Kata dasar / Kata terbitan ( bajak-membajak )

Pengisian Kurikulum
Ilmu   : Sains, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
     Kemahiran Bernilai Tambah
     Kemahiran Berfikir  : menjana idea
     Belajar Cara Belajar : mendengar dengan teliti , mencatat
     Kecerdasan Pelbagai: kontekstual
Nilai   : Bersyukur, berdikari

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengetahui tanaman buah-buahan di sekitar rumah / kawasan tampat tinggal

Bahan Sumber P & P        : Gambar ( Pokok Kelapa, Pisang) petikan, radio dan cekera padat,Kad Perkataan, Benda maujud ( pisang, daun kelapa )
Penekanan Konsep 5P                 :
i.              Penggabungjalinan            : Mendengar, bertutur, membaca dan menulis
ii.            Penyerapan              :  Sains, Kajian Tempatan, Pendidikan Muzik.
iii.           Penilaian                   : Murid mengeja perkataan dan ayat, menulis ayat dengan tanda baca dan imbuhan yang betul
iv.           Pemulihan                : Menulis perkataan berimbuhan, menulis ayat tunggal
v.            Pengayaan               : Membina ayat majmuk yang gramatis

LANGKAH
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Set Induksi
( 5 minit )
Muzik ( Lagu Bercucuk Tanam )
Sumber P&P: Radio
·         Guru meminta murid mendengar muzik lagu melalui  radio
·         Murid mendengar dengan teliti lagu yang diperdengarkan
·         Guru dan murid menyanyikan lagu bersama-sama
·         Bersoal jawab tentang lagu

KP - muzik
Perkembangan
Langkah 1
(8 minit)

Sumber P&P: Buah pisang dan daun kelapa

Aktiviti 1
·         Guru menunjukkan buah pisang dan daun kelapa
·         Guru dan murid bersoal jawab.
Soalan lisan; Namakan buah ini ?
                Apakah kegunaan daun kelapa ini?d
Aktiviti 2
·         Guru membaca petikan  tentang tajuk.
·         Murid mendengar dengan teliti
Ilmu: Sains
BCB – mendengar dengan teliti
Teknik bercerita
KP: interpersonal
Langkah 2
(12 minit)

Sistem ejaan : tanam = menanam,bajak = membajak

Aktiviti 1
·         Guru meminta murid membaca petikan dialog yang diberi
·         Murid membaca perkataan dan ayat secara mekanis mengikut sebutan dan intonasi yang betul
Aktiviti 2
·         Guru  meminta murid membaca petikan dialog ( bacaan mentalis).dan
·         Mencatat perkataan berimbuhan
Aktiviti 3
·         Guru mengemukakan soalan  lisan tentang petikan dialog yang telah dibaca.
·         Murid memberikan perkataan berimbuhan  yang terdapat dalam petikan


BCB: bacaan mentalis,
Teknik bersoal jawab
KP: Interpersonal
Nilai: berdikari
Sumber P&P: Petikan

Langkah 3
(15  minit)

Ayat Tunggal,  Ayat Majmuk

Aktiviti 1
·         Guru meminta murid membina ayat secara lisan berpandukan kad perkataan yang disediakan.
·         Murid membina ayat tunggal secara lisan berpandukan kad perkataan yang diberi
Aktiviti 2 (Aktiviti Kumpulan )
·         Guru meminta setiap kumpulan murid menulis 1 ayat tunggal dan 1 ayat majmuk berpandukan gambar
·         Guru membuat ulasan tentang ayat yang disampaikan dan membuat pembetulan tentang penggunaan perkataan yang betul dalam ayat

Ilmu: Kajian Tempatan
KB: Menjana idea
Sumber P&P:
-Gambar
-Kad perkataan
Langkah 4
( 15 minit )
Isi - Ayat Majmuk
Aktiviti 1 Aktiviti Penulisan
Kumpulan 1 – Murid menulis ayat secara terkawal dengan membubuh perkataan pada tempat kosong .
Kumpulan 2 – Murid menulis ayat majmuk dengan rangkaikata yang disediakan
Kumpulan 3 – Murid membina 5 ayat berdasarkan gambar yang disediakan
Pemulihan – menulis perkataan berimbuhan

KBCB: mencatat
KP: interpersonal
Sumber P&P: Lembaran kerja
Penutup
(5    minit)

Guru membuat rumusan tentang tajuk yang telah dipelajari
-Apakah kebaikan berkebun sayur ?
- Menyanyi bersama lagu,”Buah-buahan
Rumusan isi pelajaran

Penerapan nilai-nilai murni.

14 comments:

  1. Boleh dijadi panduan kepada guru-guru.

    ReplyDelete
  2. Tahniah..blog yang menarik..boleh berkonsi ilmu..

    ReplyDelete
  3. Rancangan pengajaran harian yang teliti dan jelas.

    ReplyDelete
  4. Contoh RPH yang lengkap dan boleh dijadikan panduan rujukan. Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat.

    ReplyDelete
  5. Blog sangat menarik dan RPH yang jelas.

    ReplyDelete
  6. Syabas!! Cikgu telah hasilkan blog yang menarik dan penuh dengan maklumat berguna.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kerana berkongsi maklumat yang dapat membantukan saya.

    ReplyDelete
  8. blog yang berinfomasi
    thanks for sharing

    ReplyDelete