Tuesday, November 6, 2012

LATIHAN KATA SERU




Isi tempat kosong dengan menggunakan kata seru yang sesuai.
     1.________ tuanku, ampunilah segala kesalahan patik!
2.    ________, beratnya kotak ini! Tak terangkat saya.
3.    ________, malang sungguh nasib lelaki tua itu!
4.    ________, ambil pakaian ini dan pergi kau dari sini!
5.    ________, kamu kelihatan tidak bermaya!
6.    ________, berani engkau mengusik adikku!
7.    ________ ibu, maafkan kesalahan saya tadi!
8.    ________, cantik sungguh rumah-rumah di sini!
9.    ________, kamu lulus ujian itu!
10.________, kamu yang menulis cerpen ini!



JAWAPAN:
1. Wahai
2. Wah
3. Aduhai
4. Nah
5. Eh
6. Cis
7. Wahai
8. Amboi
9. Syabas
10. Oh

5 comments: