RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN
BAHASA MELAYU TAHUN 6
Mata
Pelajaran : Bahasa Melayu
Tarikh : 24 April 2012
Masa : 9.00 - 9.30 pagi (30 minit)
Tahun : 6 Al-Farabi
Bil.
Murid : 41 orang
Tema : Sekolah
Tajuk : Membina ulasan
Kemahiran:
Fokus
Utama :11.2
Aras 3(i) Merumus perkara yang menarik serta nilai dan pengajaran
yang diperoleh
daripada bacaan secara kritis.
Fokus Sampingan : 6.5 Aras 3(i) Membaca dan mengumpul maklumat
secara imbasan untuk
membuat kesimpulan.
Objektif : Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat:
1.
Menghuraikan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam petikan.
2.
Menulis ulasan nilai murni dengan lengkap.
Pengetahuan Sedia Ada
:Murid mengetahui dan mengenal pasti 17 nilai murni.
Sistem Bahasa: Tatabahasa – ayat majmuk
kata hubung
penanda wacana
kata bantu
Bahan Bantu
Belajar: LCD projektor, komputer, kad
nilai murni.
Kemahiran Bernilai
Tambah: Kecerdasan Pelbagai - verbal
linguistik (muzik)
Kemahiran Berfikir - menjana
idea
Nilai : bertanggungjawab, berdisiplin, patuh,
hormat, berhati-hati
AKTIVITI PENGAJARAN PEMBELAJARAN
Langkah/Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti guru
|
Aktiviti Murid
|
Catatan
|
|
Set Induksi
(5 minit)
|
Bahan grafik
|
1. Guru menayangkan bahan
grafik.
2. Guru mengaitkan aktiviti dengan tajuk pelajaran melalui soal
jawab.
|
1. Murid melihat bahan grafik.
2. Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.
|
Kemahiran Berfikir
Menghubung
Kait dan
Menghurai
BCB
menonton dengan aktif
|
|
Langkah 1
(5 minit)
|
Petikan teks
|
1.Guru meminta murid membaca petikan teks yang dipaparkan.
2. Guru meminta murid mengecam perkataan atau frasa yang menunjukkan
kata kerja.
|
1. Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk membaca petikan
teks.
2. Murid mengecam perkataan
atau frasa dalam petikan yang menunjukkan kata kerja..
|
BCB
Membaca
BBB
Petikan teks
|
|
Langkah 2
(10 minit)
|
Nilai murni
Kata hubung
Kata bantu
Penanda wacana
|
1. Guru meminta murid menggarisi perkataan atau frasa yang
menunjukkan kata kerja.
2. Guru meminta murid
menyenaraikan kata kerja tersebut,
3. Guru meminta murid memadankan aktiviti dengan nilai murni yang
dipelajari.
4.Guru meminta murid melengkapkan ayat dengan kata bantu dan huraian
yang sesuai.
|
1. Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk menggarisi
perkataan atau frasa yang menunjukkan kata kerja,
2. Murid menyenaraikan kata kerja.
3. Murid memadankan aktiviti dengan nilai murni.
4.Murid melengkapkan ayat dengan kata bantu dan huraian yang sesuai.
|
Kemahiran Berfikir
Menjana idea
Membuat keputusan
BBB
Kad nilai murni
|
|
Langkah 3
(5minit)
|
Penyoalan
|
1. Guru meminta murid membina ayat yang gramatis dari kata kerja
dengan nilai murni.
|
1.Murid cuba melengkapkan ayat dengan kata bantu dan huraian yang
sesuai.
|
BBB
Bahan pengurusan grafik
|
|
Penutup
(5 minit)
|
Nyanyian nilai murni
|
1. Guru meminta murid menyebut perkataan nilai murni melalui aktiviti
nyanyian.
|
1. Murid menyebut perkataan nilai murni melalui aktiviti nyanyian.
|
Kecerdasan pelbagai
Verbal linguistik
(muzik)
|
No comments:
Post a Comment