Monday, December 10, 2012

Pemahaman



Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
 
 
Dalam hutan harimau menggaum,
Dalam reban ayam mengeram;
Bertolak ansur antara kaum,
Masyarakat harmoni negara tenteram.

Cantiknya anyaman tudung saji,
Dianyam oleh anak Pak Dali;
Berbuat baik amalan terpuji,
Hasad dengki jangan sekali.

Pedihnya luka terkena duri,
Hingga nampak parut di dahi;
Janganlah hidup meninggi diri,
Kelak dirimu orang jauhi.

Cantik nian bunga melati,
Dicari orang hingga ke Bangi;
Jika yang tua bsentias di hormati,
Yang muda pula perlu disayangi.



1. Apakah jenis puisi di atas?
   A. Syair                B. Sajak                C. Seloka               D. Pantun

2. Bgaimanakah masyarakat boleh hidup harmoni?
   A. Hasad dengki antara satu sama lain.
   B. Bersikap sombong dengan orang lain.
   C. bertolak ansur antara kaum.

3. Apakah yang dilakukan oleh anak Pak Dali?
   A. Mengutip telur ayam di reban.
   B. Menganyam tudung saji
   C. Bermain di taman
   D. Pergi ke Bangi

4. Mengapakah kita tidak boleh meninggikan diri?
   A. Orang lain tidak suka akan sikap kita itu.
   B. Orang lain akan berhasad dengki.
   C. Kita akan terkena duri.
   D. Kita akan disayangi

5. Rangkap keempat pantun bermasud
   A. kita perlu menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi
       mereka yang masih muda.
   B. jangan lupakan orang tua dan sayangi orang muda
   C. orang tua perlu menyayangi orang muda


JAWAPAN:
1. D          2. C          3. B          4. A          5. A
 

4 comments:

  1. I just found out about your blog today. Wow, I think it is great. As you know, we teachers love sharing resources and I will definitely share your blog. Thank you for developing such a great blog.

    ReplyDelete
  2. Latihan pemahaman yang baik dan sesuai untuk murid-murid.Ini amat memanfaatkan murid-murid untuk pembelajaran mereka.

    ReplyDelete