Wednesday, November 21, 2012

Contoh RPH KSSR BM Tahun 1



Rancangan Pelajaran Harian
Mata Pelajaran: Bahasa Malaysia
Tahun: Satu Maju
Bilangan Murid: 30 orang
Masa : 7.45 – 8.45 pagi (60 minit)
Tema: Diri SayaTajuk: Kenali Saya
Standard Kandungan:  3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betuldan kemas.
Standard Pembelajaran: 3.2.1 Menulis dan membentuk huruf besar dan huruf kecil dengan carayang betul serta tulisan yang kemas.
 3.2.6 Menulis ayat tunggal dengan betul dan tulisan yang kemas.
Objektif: Pada akhir pelajaran ini murid dapat:
1.Menulis huruf besar dan kecil dengan betul dan kemas.
2.Membina ayat tunggal yang mudah.
SDK: 1.1.1, 1.1.2, 2.1.2,.2.1.3,, 3.1.2, 4.1.2
BBM: Gambar/Pensel warna
Pengetahuan Sedia Ada: Murid sudah mengenali diri sendiri dari aspek makanan kegemaran, umur, rancangan kegemaran.
 Nilai Murni: Sayang kepada diri sendiri,keluarga,bangsa dan negara.



Langkah /Masa
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Fasa/SDK/Catatan

Set Induksi
( 5 minit )
      
      1.       Murid ditunjukkan gambar keluarga dan individu.
Contoh Soalan:
      1. Ini gambar apa?
      2. Siapa di dalam gambar ini?
      3. Boleh kamu sebut orang dalam gambar ini?

Fasa Persediaan
1.1.2 Menumpukan pemerhatian kepada objek  perkataan,ayat atau tekssecara menyeluruh.

Langkah 1
( 15 minit )
      1.       Murid bercerita secara lisan tentang diri sendiri.
Contoh Petikan:
Nama saya Zeti Akhtar bintiMohd Oden.
Saya bercita-cita menjadi juruterbang.
Umur saya tujuh tahun.

Fasa Imaginasi
2.1 Penjanaan Idea
2.1.2 Menghasilkan ideasecara berterusan.
2.1.3 Menghasilkan idea yang bermakna.

Langkah 2
( 20 minit )
      1.       Murid menulis ayat tunggal dalam buku tulis garis tiga 
            ( dengan bimbingan guru )
Contoh:
Saya suka menonton rancangan National Geographic.
Saya suka melancong ke Sabah.

Fasa Perkembangan
1.1Penambahbaikan
3.1.2Mengubah suaiidea
Langkah 3
( 15 minit )
      1.       Murid menulis dan membaca ayat tentang diri sendiri 
            di hadapan kelas.

Fasa Tindakan
4.1 Pelaksanaan
4.1.2 Menyusun idea secaratersusun dan mudah difahami.

Penutup
( 5 minit )
       1.       Guru dan murid bersoal jawabmembuat rumusan.
Contoh:
Menitikberatkan bentuk tulisandan penggunaan huruf besar danhuruf kecil dalam penulisan.

 


18 comments:

  1. Tahniah.Banyak info, Terima kasih perkongsian RPH

    ReplyDelete
  2. RPH yang boleh meransang pemikiran murid, sangat baik.

    ReplyDelete
  3. Boleh menambahkan lagi bahan, seperti lembaran kerja......

    ReplyDelete
  4. teruskan usaha anda...

    ReplyDelete
  5. RPH yang jelas, rasanya p&p dapat dijalankan dengan sempurna.

    ReplyDelete
  6. RPH sangat jelas, usaha lagi!
    sila beri komen kepada saya, terima kasih.
    blog saya:http://tangeokhwa1963.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, saya sudah follow dan komen anda

      Delete